Wednesday, 5 February 2014

Kisah Biawak



Semasa aku sedang menunggu kawan aku, aku tengok sekelililing dan aku nampak biawak dalam ‘sungai UIA’. Macam ‘comel’ jer. Kalau jadi biawak best jugak kan?

Eh?

Aku pelik semacam?

Dalam al-Quran menyebut tentang kisah penyesalan orang kafir yang ingin menjadi tanah. Alangkah beratnya tanggungjawab menjadi manusia.

....."Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)". (Surah an-Naba;40)
 

Manusia

 
Menjadi manusia ada tanggungjawabnya, bukan hidup sekadar hidup. Jika hidup sekadar hidup, biawak juga hidup. Manusia itu istimewa, diberi kelebihan berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. Kelebihan itu adalah akal yang mampu berfikir untuk mencari kebenaran dan itulah yang membezakan makhluk yang dinamakan haiwan dan manusia. Biawak tahu makan,minum, tidur dan banyak lagi tapi yang aku pasti biawak tak masuk kelas kuliah. Lantas jika manusia malas belajar, apakah bezanya? Lantas bilamana manusia itu malas menggunakan akalnya untuk berfikir, apa bezanya?



Untuk aku dan sahabat

Tahniah kerana berjaya maju setapak lagi dalam kehidupan. Mencecah kaki ke dimensi kehidupan yang baru, kehidupan mahasiswa/i.

Tahniah kerana berjaya menyempurnakan bai’ah dan secara rasminya bergelar pelajar UIA. Tahniah sebab kita sama-sama nyanyi lagu UIA yang ada frasa ‘is to realize the meaning of khalifah’

Tahniah!



P.S : Aku bersyukur dilahirkan sebagai manusia. Imaginasi aku memang melampui sempadan manusia normal tatkala emosi aku serabai. Entri ini spesifiknya untuk aku yang malas sangat nak belajar.

No comments:

Post a Comment