Sunday, 4 May 2014

Bayang-bayang

Yang selalu teringat akan kamu itu aku
Sedang kamu?
Aku umpama bayang-bayang bukan?
Sekadar ada
Kadang dicari
Kadang diendah
Kerana aku umpama bayang-bayang
Aku takut melangkah sendiri
Kerana aku umpama bayang-bayang
Pergiku dipandang sepi
Atau mungkin
Kau tersedar saat mentari menyengat bisanya
Sedang aku ketika itu
Bukan lagi aku
Atau kamu
Bukan lagi kamu
Yang tinggal untuk kita hanya memoir
Dan kata maaf hanya penamat


220913



No comments:

Post a Comment